PLAYSCHOOL CIKGUMUMMY


Segala coretan di sini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi saya.

Friday 26 June 2015

CUBA UNTUK AKTIF SEMULA

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah atas nikmat Allah selama ini.

Tak sangka masih ramai yang membaca blog saya.Insya Allah mulai Ramadhan ini akan saya cuba untuk menulis secara aktif.

Mungkin saya akan mula mengimport catatan homeschooling di facebook.

Sebab ramai yang tanya saya mengenai aktiviti homeschooling terutama yang baru mengenali saya.

Insya Allah akan dimulakan secara berdikit-dikit.

Alhamdulillah.

Banyak yang ingin saya kongsikan.

Doakan supaya dapat saya buat secara konsisten.
Anak-anak pun dah besar.

Khaulah pun sudah 5 tahun.
Mary sudah 6 tahun.
May pun sudah 8 tahun.

Yup..saya masih menyekolahkan anak2 di rumah.

:)

Saturday 1 March 2014

BLOG YANG BERSAWANG

Setahun lebih dah berlalu sejak post terakhir yang saya catatkan..

macam-macam dah berlaku dalam homeschooling journey kami.Ada yang menggembirakan,ada yang s0-s0..ada yang menyedihkan..ada yang memenatkan..

Tapi apapun,Alhamdulillah semua dapat kami lalui dan masih hidup sampai sekarang:)

Perkembangan?
Pertambahan berat badan sangat memberangsangkan baik mummy..baik anak-anak..haha

Tak ada kaitan ..Alhamdulillah Mayrah dah 7 tahun,Maryam dah 5 tahun dan Khaulah dah 4 tahun.Baby baru belum ada.

Insya Allah tahun depan kalau ada rezeki.Anak2 pun dah tak sabar nak dapat adik baru.

Homeschooling masih kami teruskan.Ada  beberapa perubahan yang kami lakukan.Ada penambahbaikan.Ada pengurangan.Ada yang kami terus 'padamkan'

Disebabkan saya lebih aktif di Facebook menyebabkan blog ni bersawang dan dipinggirkan.Nak buat macam mana..kekangan waktu dan saya masih belajar untuk membahagikan masa dengan baik..



Wednesday 13 March 2013

ANAK YANG PEMARAH




Angry child Stock Photo - 3101169




assalamualaikum..

masalah "mudah marah" ni bukan sahaja ada pada orangtua malah kanak-kanak..

ada sesetengah yang sampai pukul-pukul mak,ayah..baling-baling barang..

mungkin akan ada yang kata "ini mesti sebab mak ayah kalau marah lepas gini kat depan anak-anak"

bila kita melihat sesuatu situasi seeloknya kita jangan menilai apatah lagi menghukum..sebab bagi saya ini tidak mendatangkan apa-apa penyelesaian..

kalau kita mempunyai saudara mara terdekat yang mempunyai anak yang mudah marah macam ni sebaiknya kita tolong:)

anak-anak juga manusia SEPERTI KITA..ada PERASAAN..diorang boleh rasa kecewa..boleh rasa sedih..boleh rasa gembira..boleh rasa happy yang tak terkira..boleh rasa marah..

seperti mana juga kita..diorang pun ada cara untuk communicate apa perasaan diorang..diorang pun ada cara untuk melepaskan perasaan.

tetapi yang payahnya mungkin BAHASA kita yang berbeza..kita boleh secara senang menyebut apa yang kita rasa (harini mummy GEMBIRA) tetapi tidak anak kecil yang baru berusia setahun..6 bulan..2 tahun..

bagi budak2 umur macam ni ada 2 bahasa perasaan yang mereka mampu tunjukkan SUKA/HAPPY & SEDIH/UNHAPPY..

menzahirkan perasaan itu adalah NORMAL..tapi bagi saya bila anak-anak menzahirkan perasaan terutama KEMARAHAN dengan cara yang agak ganas seperti memukul,menyepak,mencarut,baling barang..ada sesuatu yang perlu kita lakukan sebagai ibubapa..

please jangan pernah cakap "saya dah buat macam-macam tapi dia masih macam tu..saya dah tak DAYA"

come on parents..dont give up too soon..u chose to be married & alhamdulillah allah pilih untuk jadi parents..never give up..how can u give up masa anak baru umur 2 tahu  sedangkan insya allah ada 20 tahun yang mendatang untuk anda pikul tanggungjawab sebagai ibubapa?

di sini insya allah saya cuba kongsikan macam mana nak menghadapi situasi kalau anak marah..

1) KEEP YOUR CALM

ya..bertenang..pernah dengar api terpadam bila bertemu api?tak pernah kan..untuk menjadi penenang anda perlu bertenang.

memang menyakitkan hati bila anak tiba-tiba mengamuk di depan orang ramai..memang memalukan..

tapi nak kisah apa..people will judge..let them..this is important for u n for her (ur child) macam mana kita react pada kelakuan anak akan wujudkan acceptance pattern si anak..

2) IDENTIFY THE FACTORS

ada banyak sebab..mungkin dia tak cukup tidur..mungkin barangnya dikacau..kenal pasti..

3) ACKNOWLEDGE HER FEELING
tenangkan dia..gunakan ayat-ayat yang  positif..JANGAN PUKUL @ CUBIT ..
 acknowledege perasaan dia..bole cuba dialog ni

"mummy nampak alia marah..alia masih mengantuk ke?"

peluk dia..kalau masih tak dapat dikawal (bagi extreme case mungkin anak akan mula memukul,menendang may/ayah yang sedang memujuk) DONT ALLOW THIS.

kalau kita sebagai ibubapa allow dia untuk pukul..mesej akan sampai ke otak dia.."ok..bila marah..kita pukul"

at d same time still maintain your calm..PLEASE JANGAN CUBIT..JANGAN MENJERIT KE DIA (yes,,this is  the hardest part)

katakan pada dia "mummy tau alia sedang marah..jadi mummy akan biarkan alia cool dulu"

n walk your talk..bila dia menangis sebab barang dia dikacau..ambil barang dia n confirmkan ke dia " tengok..bola alia ni mummy dah kemaskan supaya adik tak ambik lagi.."

4) KEEP HER SAFE
jauhkan barang-barang yang berbahaya dari sekitar tempat anak yang sedang mengamuk..

5) DIVERT HER ATTENTION
ini mungkin berkesan untuk anak-anak yang masih kecil..alihkan perhatian dia..angkat n bawa anak dari tempat/keadaan yang mencetuskan kemarahan dia.

sambil dukung dia alunkan zikir n bacakan surah yang dia suka dengar (mesti anak2 ada favourite zikir/surah)

6) LET HER TO COOL DOWN

ini adalah jalan yang terakhir..biarkan dia..
ini mungkin nampak kejam..tapi mungkin anak perlukan ruang n masa untuk cool down..biarkan dia menangis..(mak ayah kena sabar la) mungkin masa ni dia akan menjerit..menangis dengan kuat..

till the end maintain your calm..jangan tonton dia..biarkan dia menangis dengan memastikan persekitaran selamat..

kalau anak jenis yang suka campak barang masa marah..jauhkan barang-barang daripada dia..believe me..dia akan senyap sendiri..

masa dia mengamuk..jangan cuba nak nasihatkan dia ..it didnt work..tapi gunakan masa dia dah cool down (tangisan dah mula reda) dia pun dah tak menangis..

bila anak dah berhenti menangis..pergi balik ke dia..x payah cakap apa2..

peluk dia..sekali lagi acknowledge perasaan dia.

"mummy tau alia marah sebab adik kacau bola alia..adik,meh sini..say sorry to kakak.."

"mummy tau alia marah tapi alia tak boleh pukul2 macam tadi..kalau alia pukul masa marah..mummy akan bangun n biarkan alia cool dulu..ok?"

"mummy sayang alia"

yup after what u went through with her during "mengamuk" period,it's important to convey the message "whatever you did just now,mummy terima & mummy masih sayang..mummy tau tadi alia tengah marah"

saya faham kalau ada mak ayah yang cakap..macam mana nak maintain calm bilea anak tengah marah?

usahalah..dan berusahalah..cuba untuk tidak give up terlalu awal..cuba untuk tidak marah n menjerit pada anak..cuba untuk tidak melakukan hukuman secara fizikal kpd anak..


Piece image

Tuesday 5 March 2013

CERITA KAMI

assalamualaikum..lama sungguh rasanya saya tak menulis di blog..

sedar tak sedar dah lebih setahun saya homeschool anak-anak :)

bagi yang tak berapa tau sejarahnya..gini ceritanya..

saya berhenti kerja pada tahun 2010..n masa tu saya tak BERNIAT pun nak jadi housewife..apatah lagi homeschooling..seperti yang saya katakan..saya macam parents yang lain..bila dah sampai umur tadika..hantar je la..

masa berhenti tu saya fikir nak fokus pada 1 paper acca saya yang dah lama terkandas..so,masa duduk dengan anak-anak kat rumah (masa tu khaulah dalam perut) saya buat aktiviti dengan anak-anak..(tapi masih tak berniat untuk homeschool)..masa dok godek2 cari bahan baru la saya terjumpa term "homeschool"

saya pun mulakan my research..masa tu husband saya x berapa nak suka la..dia kata takut anak-anak jadi anti sosial (tak pandai bergaul) tapi saya tetap berpegang pada prinsip "ibu madrasah pertama anak-anak" masa tu saya fikir walaupun saya tak dapat homeschool,saya tak akan serah bulat2 pada tadika/sekolah..

sepanjang saya homeschool secara tak rasmi tu (2010-2011) saya semakin kenal karakter anak-anak..saya makin tau apa yang diorang suka..apa diorang tak suka..n lebih memahami cara belajar macam mana yang mereka suka..

(masa mula2,macam2 buku saya beli (workbook) konon2 nak buat jadual macam sekolah bagai)

awal 2012,saya hantar lah juga MAY ke tadika atas saranan suami saya..dia xnak anak tak pandai bergaul :) as expected tak sampai 2 minggu dia dah taknak..dia kata boring..x sama macam cikgumummy..kami pun keluarkan dia n saya mula homeschool secara rasmi:)

(MAY bayangkan kat sekolah macam main kat playground.dia datang dengan cita-cita untuk bermain)

alhamdulillah sekarang masuk tahun ke-2 secara  rasmi kami homeschool..

banyak DISCOVERIES yang kami buat sma-sama

saya sendiri banyak belajar..belajar untuuk bersabar..belajar untuk positif..belajar untuk membiarkan mereka belajar..belajar untuk mengagihkan masa..belajar untuk kreatif..belajar untuk menerima kelemahan..belajar untuk meraikan kelebihan,belajar untuk mengutamakan yang utama..belajar untuk menerima beautiful messy yang anak2 buat..

dan saya masih belajar..kadang2 saya tertanya saya atau anak-anak yang paling banyak dapat manfaat dari homeschooling ni?

:)

Monday 3 September 2012

homeschooling for beginners:part 3

assalamualaikum..selamat hari raya utk semua:)tak terlambat,kan:)

insyaallah kali ni saya nak share insyaallah bahagian terakhir artikel saya ni..(cewah)

soalan ketiga yang biasa ditanya oleh parents mengenai homeschooling.
"what should i have to  start homeschooling"

sebelum bermula..suka saya ingatkan yang saya ni cuma berkongsi pengalaman sendiri..im not an expert..saya takde degree in early childhood education..xde master in education..xde phd in psikologi kanak2..merely ini adalah hasil tulisan berdasarkan pengalaman sendiri..

mungkin cara saya ni ada yang kurang setuju..kurang suka..xpe..bole cakap dgn saya via email..insyaallah:)

ok..soalan "what should i have  to start homeschooling" memang soalan yang saya sendiri hadapi pada mulanya..secara jujurnya walaupun saya adalah bekas cikgu tadika..saya sendiri ada masalah (masa mula2) utk start..sebab baru saya sedar..saya tak kenal anak saya..(it sounds "kesian" kan..tapi itu lah hakikatnya)

n saya rasa kebanyakan parents (termasuk saya) akan mula beli buku utk anak2.ada buku kerja sains..matematik..bm etc..without knowing n without realising that it s not necessary..

no..jangan salah anggap..saya tak kata workbook tu tak penting..tapi kita tend utk beli byk buku tanpa kita sedar (lagi2 kalau kita ni memang jenis gila buku) n akhirnya buku tu tak guna pun..nasihat saya jangan terburu2 nak beli workbook utk anak2 sebelum kita sendiri test di mana tahap anak2 kita..n sebelum kita sendiri bersedia dgn "lesson plan"

ada ramai yang tanya macam mana kita nak tau apa yang patut kita ajar..n mcam mana kita nak test kemampuan anak2 kita..

ok secara jujurnya sy pun takde lesson plan yang canti,menarik n rapi..pada mulanya saya pun main redah je..n lesson plan sy biasanya contengan2 ala2 tulisan doktor gitu..malu nak tunjuk..haha..

pertama sekali,kita kena set dulu OBJEKTIF ( sounds a bit,formal,huh) tapi ye..kena buat direction dari mana n nak kemana dengan homeschool..

tapi biarlah perkara pertama yang kita nak ajar mengenal tuhan..tak bole lari..kenalkan allah..supaya anak2 tahu yg dia berTUHAN..macam mana nak ceritakan kat anak umur 6 bulan?opps..janagn pandang rendah dengan kemampuan otak bayi..ingat depa diam depa x paham?anak2 faham..bercerita lah..pasangkan asmaulhusna.bercerita mengenai ciptaan tuhan..belikan buku bergambar..set "ALLAH MAKES" ni memang sesuai..

masa sy br ank sorang..sy buat sendiri..print n tampal gambar dr majalah n ajar May..bercerita seolah2 dia pun sedang memahami percakapan kita:)

kedua..PERSEDIAAN..persediaan kita sebagai pengajar pun kena ada..dari segi ilmu kena ada..kena tau basic perkembangan anak2...ini bole rujuk pada buku2 yang ada kat kedai..banyak buku yang bole dirrujuk..persediaan menyediakan LESSON PLAN..sy akui this part la yg plg ramai akan rasa renyah..tapi sebenrnya..it helps..membantu kita utk fokus n bersedia utk aktiviti dengan anak..

LESSON PLAN NI sebaiknya dibuat atau dipecah2kan ukut tema..contohnya first week.OKTOBER..TEMANYA (huruf A)-sub tema ALLAH..so pecahkan aktiviti ikut hari..contoh

ISNIN-buat art tulisan ALLAH
            BAHAN: template tulisan allah,stiker

SELASA- bercerita mengenai ALLAH..
                 BAHAN- buku ALLAH MAKES..

RABU-sifat wajib allah (WUJUD)\
            BAHAN - eksperimen air gula (ada dalam buku MULTIPLE INTELLIGENCES FOR ISLAMIC TEACHING)

KHAMIS - mengenal ciptaan ALLAH

JUMAAT- good word-- bismillah

ini just contoh..kalau kita buat gini..aktiviti akan lebih terancang..saya biasa buat mcm ni..je..selalunya just coret2 kat my note book..kdg2 go as planned..kdg2 tak..dah namanya PLAN :)

P/S:
knowing ur child's character is very important before you start homeschooling..sebab ada anak yang suka n cepat belajar dengan cara TANPA BUKU..ada yang memang suka buku..karakter anak2 saya memang berbeza...kalau May dia suka belajar dalam bentuk games..nyanyian..lakonan..dia suka belajar dalam keadaan bermain..

kalau MARY dia suka buku.dia akan siapkan kerja dia sampai habis..sabar sikit orangnye..tapi susah dijangka..

Sunday 12 August 2012

HOMESCHOOLING FOR BEGINNERS (PART 2)

assalamualaikum..

entri kali ni saya akan cerita pasal soalan ke-2 yang biasanya ditanya oleh parents yang berniat untuk homeschool..

"WHEN & WHERE SHOULD I START"

sejujurnya jawapannya ialah..bila2 masa u suka..bila kita dah mula berfikir untuk mula..kita akan start buat research..di malaysia masih x ramai lagi yang homeschool..

berkaitan hal undang2..samada bole@x kita homeschool,saya x berapa pasti..rasanya xde..kalau nak dibandingkan dengan UK & US,homeschooling agak common & ada legal requirements regarding this..

tapi untuk preschool level rasanya takde masalah berkaitan dengan legal requirement..

bagi parents yang mungkin dah buat reserch tapi rasa tak yakin..jangan takut..jangan takut kalau ajar sendiri nanti anak tak pandai apa2..

u are the parents..insyaallah u know ur kids better than anyone else..(n of course ALLAH knows what's best,insyaallah)

pendidikan anak bermula sejak mak n ayah (kita la tu) bernikah..x percaya?rujuk buku "Prophetic Parenting"..pemilihan calon isteri n suami yang baik (bukan suci dari dosa,ye) sangat penting..

sama2 x kuat ilmu agama..xpe..bole cari sama2..x pernah dibesarkan secara Islami?xpe..kita buat sama2..manusia ni adalah robot yang boleh belajar..manusia boleh berubah..permulaan does matter..tapi pengakhiran itu yang menentukan..insyaallah..

menjadi ibu bapa ialah perjalanan sepanjang hidup.maksudnya fungsi kita sebagai ibubapa ialah sepanjang kita bernyawa..bukan setakat sampai umur anak 21 tahun..dah lepas degree..dah kawin..lepas la tanggungjawab(ini common thinking ye)


PENGALAMAN SENDIRI

saya bermula sejak anak2 saya masih kecil ..saya memang suka membaca..saya memang ambil tahu perkembangan apa yang patut saya enhance kan untuk anak2.

sumber rujukan saya masa tu ialah buku parenting by dr miriam stoppard..dr benjamin spocks..(dulu susah nak cari islamic parenting books yang bagus)

alhamdulillah..sekarang saya suka nak cadangkan buku "Prophetic Parenting"..buku ni bole jadi guidelines untuk parents mendidik anak secara Islamik..Insyaallah..

dalam buku2 ni diorang ada bahagikan perkembangan anak2 ikut umur..dari situ kita rancangkan aktiviti yang sesuai..


saya mulakan dengan membaca..bercerita..menyanyi..bernasyid lagu mudah..

untuk aktiviti membaca..memang parents yang kena start dulu..bacakan kepada anak..kalau untuk anak bawah setahun picture book memang sesuai..soft book pun good alternative..kalau bole pilihkan buku yang gambarnye besar dengan minimum wordings..(supaya anak bole fokus pada gambar)

siri "allah makes" memang sesuai..siri "little miss & mr"..n any other board books pun sesuai:)

untuk mengaji saya start dengan muqaddam..n untuk khaulah saya start dengan FLASHFELT..flashcard dari kain..xpe..kalau anak kita x cepat macam anak orang lain..xde masalah..fokus pada kemampuan anak..saya mula ajar May masa umur dia lebih kurang 2 thn..n at the age of 5 yo..baru May bole hafal & kenal semua huruf hijaiyah 

(yes..alhamdulillah..may dah masuk Al-Matien 2- huruf berbaris n bertanwin atas..n mary dah sampai huruf th0 n dzo..khaulah macam biasa..suma huruf ba..tapi sekarang dah bole sebut ta)

inilah flashfelt :)



yang penting proses..bukan result:)

WHERE TO START?simply..where you are now..

pertama sekali test dulu apa yang anak kita dah pandai buat..takde anak yang bluntly zero..xtau ape2..bahagikan pada 3 perkara asas dalam pre school level

PRE-READING- bole dia kenal bentuk?bole dia susun pattern?

PRE-WRITING-bole dia pegang pensel dgn betul?bole dia main conteng2?bola dia ikut straight line?

PRE-MATH-bole dia kenal bentuk?bole dia kenal konsep besar..konsep kecil..bole dia susun pattern?

anak2 cepat belajar kalau sesi pembelajarannya seronok & x boring..MAKE IT FUN,parents:)

belajar x semestinya dari buku..x semestinya kena ada Ipad..I phone..gabungkan belajar secara tradisional..menggunakan teknologi..belajar sambil main..

laburkan lah sedikit RM untuk beli buku yang bagus untuk anak..mainan untuk anak(nak buat sendiri pun bole kalau ada masa)..ada yng malas nak beli buku untuk anak sebab nanti anak koyak..anak gigit..anak buat sepah2..semua ni adalah proses untuk dia belajar..

belajar untuk hormatkan buku..belajar untuk kemaskan buku..belajar untuk koyak kertas (penting ni untuk fine motor skills)..belajar sains..(tau ada kertas keras..ada kertas yang nipis)..setiap hari bagi anak kecil adalah satu proses belajar..

saya sedih kadang2 bila tengok ada parents yang sanggup biarkan anak boring kat rumah..xde aktiviti..lastly bagi anak main game kat handphone..kat ipad..tengok kartun or youtube..tengok tv..

(kita pun kalau asyik hadap tv n laptop pun bole lemau)





Wednesday 8 August 2012

puasa dari kaca mata may

assalamualaikum..

baru2 ni saya buat aktiviti ramadhan dengan anak2..kami baru je berjaya buat learning wheel kami (a fasting day) tu berpusing..

susah woo..macam2 cara saya buat..may pun susah hati sebab pada mulanya x berjaya..

dalam learning wheel tu dia tunjukkan ala2 sehari dalam puasaku..ada tunjuk makan sahur..solat..

ini lah learning wheel tu


so may suka pusing2kan wheel tu untuk tengok apa yang dia kena buat..so bila dia bangun tido..dia ajak saya makan sahur (lebih kurang kol 10) n kejutkan adik2 dia sekali.."bangun makan sahur..kita nak puasa ni"

(rasa nak  tergelak..tapi saya layan je)

pas makan dia g lagi kat wheel tu..tengok2 kena solat..dia pun solat (kdg2 dia kata arini saya cuti solat)

lepas solat,gambar org sidai baju..dia pun akan tanya "ada baju yg nak sidai x?'

bila saya tegur,"tu maksudnya kena rajin tolong mummy..bukan sidai baju je"

dia pun jawab " org puasa x bole buat keja banyak..x larat..bole sidai kain je"

ALLAH..sabar je la..hehe

saya masih x ajarkan dia puasa ikut definisi saya lagi..sebab pemahaman dia masih mcm tu..hehe..saya xtau macam mana mommies lain ajar anak puasa..tapi saya masa umur dia pun belum puasa..mak saya start ajar masa saya sekolah rendah..(saya pun tak gi tadika:P)

tapi alhamdulillah pemahaman yang asas puasa dia dah tau serba sedikit..tinggal praktikkan slowly..

so..kejap lagi dia akan mintak makan sahur..mummy kena get ready la ni..hehe

jom layan gambar aktiviti kami..


Khaulah tukang tampal stiker kat Ramadhan calendar
tadaaa..ini la ramadhan wall kami yang tak seberapa
ajar perkara yang membatalkan puasa