PLAYSCHOOL CIKGUMUMMY


Segala coretan di sini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi saya.

Wednesday 13 March 2013

ANAK YANG PEMARAH




Angry child Stock Photo - 3101169




assalamualaikum..

masalah "mudah marah" ni bukan sahaja ada pada orangtua malah kanak-kanak..

ada sesetengah yang sampai pukul-pukul mak,ayah..baling-baling barang..

mungkin akan ada yang kata "ini mesti sebab mak ayah kalau marah lepas gini kat depan anak-anak"

bila kita melihat sesuatu situasi seeloknya kita jangan menilai apatah lagi menghukum..sebab bagi saya ini tidak mendatangkan apa-apa penyelesaian..

kalau kita mempunyai saudara mara terdekat yang mempunyai anak yang mudah marah macam ni sebaiknya kita tolong:)

anak-anak juga manusia SEPERTI KITA..ada PERASAAN..diorang boleh rasa kecewa..boleh rasa sedih..boleh rasa gembira..boleh rasa happy yang tak terkira..boleh rasa marah..

seperti mana juga kita..diorang pun ada cara untuk communicate apa perasaan diorang..diorang pun ada cara untuk melepaskan perasaan.

tetapi yang payahnya mungkin BAHASA kita yang berbeza..kita boleh secara senang menyebut apa yang kita rasa (harini mummy GEMBIRA) tetapi tidak anak kecil yang baru berusia setahun..6 bulan..2 tahun..

bagi budak2 umur macam ni ada 2 bahasa perasaan yang mereka mampu tunjukkan SUKA/HAPPY & SEDIH/UNHAPPY..

menzahirkan perasaan itu adalah NORMAL..tapi bagi saya bila anak-anak menzahirkan perasaan terutama KEMARAHAN dengan cara yang agak ganas seperti memukul,menyepak,mencarut,baling barang..ada sesuatu yang perlu kita lakukan sebagai ibubapa..

please jangan pernah cakap "saya dah buat macam-macam tapi dia masih macam tu..saya dah tak DAYA"

come on parents..dont give up too soon..u chose to be married & alhamdulillah allah pilih untuk jadi parents..never give up..how can u give up masa anak baru umur 2 tahu  sedangkan insya allah ada 20 tahun yang mendatang untuk anda pikul tanggungjawab sebagai ibubapa?

di sini insya allah saya cuba kongsikan macam mana nak menghadapi situasi kalau anak marah..

1) KEEP YOUR CALM

ya..bertenang..pernah dengar api terpadam bila bertemu api?tak pernah kan..untuk menjadi penenang anda perlu bertenang.

memang menyakitkan hati bila anak tiba-tiba mengamuk di depan orang ramai..memang memalukan..

tapi nak kisah apa..people will judge..let them..this is important for u n for her (ur child) macam mana kita react pada kelakuan anak akan wujudkan acceptance pattern si anak..

2) IDENTIFY THE FACTORS

ada banyak sebab..mungkin dia tak cukup tidur..mungkin barangnya dikacau..kenal pasti..

3) ACKNOWLEDGE HER FEELING
tenangkan dia..gunakan ayat-ayat yang  positif..JANGAN PUKUL @ CUBIT ..
 acknowledege perasaan dia..bole cuba dialog ni

"mummy nampak alia marah..alia masih mengantuk ke?"

peluk dia..kalau masih tak dapat dikawal (bagi extreme case mungkin anak akan mula memukul,menendang may/ayah yang sedang memujuk) DONT ALLOW THIS.

kalau kita sebagai ibubapa allow dia untuk pukul..mesej akan sampai ke otak dia.."ok..bila marah..kita pukul"

at d same time still maintain your calm..PLEASE JANGAN CUBIT..JANGAN MENJERIT KE DIA (yes,,this is  the hardest part)

katakan pada dia "mummy tau alia sedang marah..jadi mummy akan biarkan alia cool dulu"

n walk your talk..bila dia menangis sebab barang dia dikacau..ambil barang dia n confirmkan ke dia " tengok..bola alia ni mummy dah kemaskan supaya adik tak ambik lagi.."

4) KEEP HER SAFE
jauhkan barang-barang yang berbahaya dari sekitar tempat anak yang sedang mengamuk..

5) DIVERT HER ATTENTION
ini mungkin berkesan untuk anak-anak yang masih kecil..alihkan perhatian dia..angkat n bawa anak dari tempat/keadaan yang mencetuskan kemarahan dia.

sambil dukung dia alunkan zikir n bacakan surah yang dia suka dengar (mesti anak2 ada favourite zikir/surah)

6) LET HER TO COOL DOWN

ini adalah jalan yang terakhir..biarkan dia..
ini mungkin nampak kejam..tapi mungkin anak perlukan ruang n masa untuk cool down..biarkan dia menangis..(mak ayah kena sabar la) mungkin masa ni dia akan menjerit..menangis dengan kuat..

till the end maintain your calm..jangan tonton dia..biarkan dia menangis dengan memastikan persekitaran selamat..

kalau anak jenis yang suka campak barang masa marah..jauhkan barang-barang daripada dia..believe me..dia akan senyap sendiri..

masa dia mengamuk..jangan cuba nak nasihatkan dia ..it didnt work..tapi gunakan masa dia dah cool down (tangisan dah mula reda) dia pun dah tak menangis..

bila anak dah berhenti menangis..pergi balik ke dia..x payah cakap apa2..

peluk dia..sekali lagi acknowledge perasaan dia.

"mummy tau alia marah sebab adik kacau bola alia..adik,meh sini..say sorry to kakak.."

"mummy tau alia marah tapi alia tak boleh pukul2 macam tadi..kalau alia pukul masa marah..mummy akan bangun n biarkan alia cool dulu..ok?"

"mummy sayang alia"

yup after what u went through with her during "mengamuk" period,it's important to convey the message "whatever you did just now,mummy terima & mummy masih sayang..mummy tau tadi alia tengah marah"

saya faham kalau ada mak ayah yang cakap..macam mana nak maintain calm bilea anak tengah marah?

usahalah..dan berusahalah..cuba untuk tidak give up terlalu awal..cuba untuk tidak marah n menjerit pada anak..cuba untuk tidak melakukan hukuman secara fizikal kpd anak..


Piece image

Tuesday 5 March 2013

CERITA KAMI

assalamualaikum..lama sungguh rasanya saya tak menulis di blog..

sedar tak sedar dah lebih setahun saya homeschool anak-anak :)

bagi yang tak berapa tau sejarahnya..gini ceritanya..

saya berhenti kerja pada tahun 2010..n masa tu saya tak BERNIAT pun nak jadi housewife..apatah lagi homeschooling..seperti yang saya katakan..saya macam parents yang lain..bila dah sampai umur tadika..hantar je la..

masa berhenti tu saya fikir nak fokus pada 1 paper acca saya yang dah lama terkandas..so,masa duduk dengan anak-anak kat rumah (masa tu khaulah dalam perut) saya buat aktiviti dengan anak-anak..(tapi masih tak berniat untuk homeschool)..masa dok godek2 cari bahan baru la saya terjumpa term "homeschool"

saya pun mulakan my research..masa tu husband saya x berapa nak suka la..dia kata takut anak-anak jadi anti sosial (tak pandai bergaul) tapi saya tetap berpegang pada prinsip "ibu madrasah pertama anak-anak" masa tu saya fikir walaupun saya tak dapat homeschool,saya tak akan serah bulat2 pada tadika/sekolah..

sepanjang saya homeschool secara tak rasmi tu (2010-2011) saya semakin kenal karakter anak-anak..saya makin tau apa yang diorang suka..apa diorang tak suka..n lebih memahami cara belajar macam mana yang mereka suka..

(masa mula2,macam2 buku saya beli (workbook) konon2 nak buat jadual macam sekolah bagai)

awal 2012,saya hantar lah juga MAY ke tadika atas saranan suami saya..dia xnak anak tak pandai bergaul :) as expected tak sampai 2 minggu dia dah taknak..dia kata boring..x sama macam cikgumummy..kami pun keluarkan dia n saya mula homeschool secara rasmi:)

(MAY bayangkan kat sekolah macam main kat playground.dia datang dengan cita-cita untuk bermain)

alhamdulillah sekarang masuk tahun ke-2 secara  rasmi kami homeschool..

banyak DISCOVERIES yang kami buat sma-sama

saya sendiri banyak belajar..belajar untuuk bersabar..belajar untuk positif..belajar untuk membiarkan mereka belajar..belajar untuk mengagihkan masa..belajar untuk kreatif..belajar untuk menerima kelemahan..belajar untuk meraikan kelebihan,belajar untuk mengutamakan yang utama..belajar untuk menerima beautiful messy yang anak2 buat..

dan saya masih belajar..kadang2 saya tertanya saya atau anak-anak yang paling banyak dapat manfaat dari homeschooling ni?

:)