PLAYSCHOOL CIKGUMUMMY


Segala coretan di sini hanyalah pandangan dan pengalaman peribadi saya.

Tuesday 5 March 2013

CERITA KAMI

assalamualaikum..lama sungguh rasanya saya tak menulis di blog..

sedar tak sedar dah lebih setahun saya homeschool anak-anak :)

bagi yang tak berapa tau sejarahnya..gini ceritanya..

saya berhenti kerja pada tahun 2010..n masa tu saya tak BERNIAT pun nak jadi housewife..apatah lagi homeschooling..seperti yang saya katakan..saya macam parents yang lain..bila dah sampai umur tadika..hantar je la..

masa berhenti tu saya fikir nak fokus pada 1 paper acca saya yang dah lama terkandas..so,masa duduk dengan anak-anak kat rumah (masa tu khaulah dalam perut) saya buat aktiviti dengan anak-anak..(tapi masih tak berniat untuk homeschool)..masa dok godek2 cari bahan baru la saya terjumpa term "homeschool"

saya pun mulakan my research..masa tu husband saya x berapa nak suka la..dia kata takut anak-anak jadi anti sosial (tak pandai bergaul) tapi saya tetap berpegang pada prinsip "ibu madrasah pertama anak-anak" masa tu saya fikir walaupun saya tak dapat homeschool,saya tak akan serah bulat2 pada tadika/sekolah..

sepanjang saya homeschool secara tak rasmi tu (2010-2011) saya semakin kenal karakter anak-anak..saya makin tau apa yang diorang suka..apa diorang tak suka..n lebih memahami cara belajar macam mana yang mereka suka..

(masa mula2,macam2 buku saya beli (workbook) konon2 nak buat jadual macam sekolah bagai)

awal 2012,saya hantar lah juga MAY ke tadika atas saranan suami saya..dia xnak anak tak pandai bergaul :) as expected tak sampai 2 minggu dia dah taknak..dia kata boring..x sama macam cikgumummy..kami pun keluarkan dia n saya mula homeschool secara rasmi:)

(MAY bayangkan kat sekolah macam main kat playground.dia datang dengan cita-cita untuk bermain)

alhamdulillah sekarang masuk tahun ke-2 secara  rasmi kami homeschool..

banyak DISCOVERIES yang kami buat sma-sama

saya sendiri banyak belajar..belajar untuuk bersabar..belajar untuk positif..belajar untuk membiarkan mereka belajar..belajar untuk mengagihkan masa..belajar untuk kreatif..belajar untuk menerima kelemahan..belajar untuk meraikan kelebihan,belajar untuk mengutamakan yang utama..belajar untuk menerima beautiful messy yang anak2 buat..

dan saya masih belajar..kadang2 saya tertanya saya atau anak-anak yang paling banyak dapat manfaat dari homeschooling ni?

:)

2 comments:

  1. its been a while.lama juga akak menyepi :-)

    ReplyDelete
  2. bagus entry akak nie...first time saya baca entry macam nie..
    saya pon skrg ada seorang anak perempuan 6 tahun cepat marah, memberontak...pening dibuatnya

    ReplyDelete